Wednesday, October 21, 2009

Cayang Mummy n Papa

Tak de kata2 indah....4 u all

I Love U so much......

Good night n sweet dreams....

Ape Harus Ku buat..... petang nanti


Waaaduuhhh!

Bosannyeer..... sepatutnye Baby petang ni ke sekolah agama tapi Ustaz bagi pelepasan lak. Kita orang dah abis periksa. Setakat ni dok umah je.

Baca buku? Eh! u wajib. Lagi pun tak lama lagi kan final exam.... huuuaaaahh!!! Seram sejuk le rasanya. baby risau

Sunday, October 18, 2009

Aku Hanya Budak Sekolah....


















Pagi...7.00 am
pegi sekolah SRK Sri Ampang, Ipoh


2.00 pm
Yes! Yes! balik sekolah. Makan ...jika sempat. Siap2 solat, gosok baju unt ke sekolah agama.

2.50 pm
Jom...ke sekolah agama.

5.40 pm
Welcome home.....Tido time. lum tu makan coklat n ais dulu la.

6.00
Main game. Baca buku. Ulang kaji...

tengok TV

InSpiRaSiKu...


MummY dan Papa.... 2 insan yang selalu berada disisiku. Baby sangat sayangkan PaPa dan MuMmY.

Andai....
boleh ku petik bintang di langit yang tinggi
ingin ku karang menjadi hiasan kalungmu
biar gemerlapan cahayanya
menghiasi malam-malammu
agar tidak lagi gelita

Andai...
bisa ku kumpul buih-buih di lautan
ingin ku karang menjadi hamparan
buat 2 insan ini melabuh tapak
biar selesanya meneruskan
musafir hidup

Andai...
Ku mampu mengutip bayu yang berpuput
ingin ku karang menjadi satu melodi
merdu berbisik
menceriakan duniamu
mewarnai jiwamu
agar selamanya kalian tetap tersenyum

kerana...
Aku lah puterimu yang satu
berjanji akan membahagiakan mu
SELAMANYA Dari
Puterimu,
BabY SoFiea

MuMmY...i LoVe U

Mummmuahh!

Milion KiSs FoR MuMMy!!!

Cuti lagi...

Rasanya jika cuti datang lagi pasti baby nak balik kampung. Seronok dapat jumpa saudara d sana. Alin sepupu Baby pasti gembira sangat dapat bermain sama lagi.

tapi....kami semua sedih juga bila mengenangkan yang Tok Abah dah tk ada. Jika dia ada pasti kami bertambah gembira kerana arwah memang manjakan kami cucu2nya. Pernah sekali kami naik motorsikalnya keliling kampung. Alin duduk kat depan dan Baby bonceng di belakang Tok Abah. Baby peluk pinggang Tok Abah kuat2 kerana baru firs time naik motor! Kelakarnya rasa gayat semacam je. Tok Abah tak pula bawa laju... kami singgah beli ais krim conetto satu sorang. Mengenangkan kenangan bersama Tok Abah Baby jadi rindu, sedih dan pilu pula. Selalunya Mummylah orang yang paling sedih hingga sebut je kisah Tok Abah dia akan menangis.... kesian Mummy. Sabar ye Mi.

Baby akan belajar sampai berjaya sebab Baby berjanji dengan semua orang yg Baby sayangi supaya suatu masa nanti Baby nak jadi seorang anak solehah dan cemerlang.... berjaya dalam semua bidang lah. Mummy kata Baby mesti jadi doktor. Entah le...insyaallah. Papa pula tak kisah asal Baby suka.

http://resipidiana.blogspot.com/

http://resipidiana.blogspot.com/

Shared via AddThis

My aunties.....

Friday, October 16, 2009

Sembahyang sunat Aidil Fitri 2009-Masjid Pulau Melaka


Baby and Alin.....

Waktu ini kami ikut Mummy, Nek Ma, Che Nor, Che Ya dan Che Tin pergi menunaikan sembahyang sunat Aidil Fitri di masjid Pulau Melaka...Masjid Tok Guru. Memang beginilah rutin kami sekeluarga. Papa, Nanan dan Faris ikut saf lelaki di tingkat bawah. Ramai sungguh para penduduk sekitar yang datang bersembahyang disini sehingga padang dan tempa letak kereta pun penuh orang bersembahyang. Sembahyang sunat hari raya ini selalunya Tok Guru yang mengimamkan. Kami seronok sekali....
Lepas selesai solat....yeah! Acara jamu selera. tahun ini Tok Guru jamu para jemaah dengan laksa kelantan dan kuih muih. Sedap, tapi Baby makan tak banyak sebab dah pekena Nasi dagang Nek Ma sebelum datang tadi kat rumah nek Ma. Saat yang paling kami tunggu ialah menerima duit raya dan hamper oleh famili Tuan Guru. Kali ini Baby dan Alin sempat terima hamper je... duit raye tak dapat sebab tak sempat nak turu berbaris ketika acara itu. Nampaknya tahun ini budak-budak dapat RM5o seorang. Wah! Banyaknyeee.

Tak pe hamper ini pun cukup bagus. Ada keropok, coklat, gula-gula dan minuman tin. Kami gembira sekali. Memanglah bila dapat duit raya dan hamper kanak-kanak pasti bergembira.

AIR TERJUN SEKAYU....PASIR PUTEH



Week end 2 bln lepas kami balik Kelantan. Papa bawa kami mandi manda kt air terjun Sekayu. Tempat ini tak lah besar sangat tapi sangat selesa untuk mandi coz airnya tak dalam. kira-kira sesuailah untuk budak-budak macam Baby. Paling seronok lepas mandi kami jamu selera kat Scerate Recipe kat KB Mall. Mummy belanja.... dalam sejuk2 ni Baby pekena Tomyam Kung dan Coclate Blend...ummmh yummy!!

Thursday, October 15, 2009

Giler bola.......


Baby sangat suka pic ni.....
Papa dan Nanan masa kat Pantai Irama raye lepas.... Tengok tu papa dengan kelapa muda. Waktu ni kamim minum2 kt stall sepanjang pantai. Besar sangat kelapa nih sampai Baby kena share ngan mama. Papa yang suka sangat minum air kelapa muda nih. Katanya ikut petua dapat sihat badan dan tumbuh rambut.....he he tak pasti pula Baby. Faris tak ada dalam pic ini sebab dia tu sangat pemalu....susah ambil gambar. Masa kami minum ni Faris sedang layan fikirannya. Dia ni suka layan lamunan. Mama.....oh dia ni dari tadi asyik dok mengomel je...ajak balik lah nih. Takut jalan jem konon..... Ala mummy sekali sekala biar lah kita main ombak. Bukannya nak mandi pun.... jika opah tau nih tentu bising juga. opah risau kalau kami main pantai! Ok...Baby nak datang lagi lepas ni. Mungkin cuti sekolah akan datang Baby nak ajak papa datang sini lagi. kali ini Baby nak main ombak.... cari kulit siput ok juga.
16 Okt 2009

Horeyy..... hari ni cuti! Seronok dapat rest sepuas2nya.. Oopps....banyak lagi kerja yang belum ku selesaikan rupanya. Soalan final exam KHB lum siap lagi. Hannan n Baby pun nak kena tengok gak dema mau study for their final exam. Kena tunggu dan bantu yang mana patut kalau tak leka lagi diaorang nih. Faris ....biar lah dia rehat dan main puas2 sebab dah tamat UPSR. Lepas ni baru cari buku2 rujukan untuk dia.

cinta hatiku....

SAIFUL HANNAN DANIAL
SAIFUL FARIS DANIAL
AININ SOFIYA