Saturday, June 19, 2010

SELAMAT HARI BAPA..untuk Papaku cayangggg


Selamat hari bapa Papa...... sori hari ni Baby tak ada adiah untuk papa... cuma nak wish saja.....
Papa lah orang yang teramat istimewa bagi kami... bukan hari ni jer hari istimewa sepatutnya setiap hari la hari bapa....kerana bagi kami tanpa papa siapalah kami...


salam sayang dari Baby

Saturday, April 3, 2010

HAPPY BIRTHDAY MUMMY

HAPPY BIRTHDAY MUMMY......8 mac 2010 adalah hari lahir mummy....kesian mummy dah meningkat umurnya ke satu anak tangga lagi. Mummy nampak comel jer dengan umur baru...hi hi hi. Baby tak dapat bagi apa2 hadiah untuk hari istimewa Mummy kali ini sebab...

1. Baby terlupa nak buat handmadecard untuk Mummy mcm selalu.
2. Baby tak cukup duit nak beli hadiah untuk Mummy walau pun yang murah sekali pun.

Tapi Mummy cayang... Baby ada satu hadiah [paling berharga untuk Mummy....Sampai bila-bila pun Mummy akan menggunakanya sampai akhir hayat Mummy. Ianya tak ada tarikh luput, tak akan rosak oleh serangan cuaca, serangga atau ape pun virus. Nak tahu ape MummY?

Sekarang....pejam mata tau Mummy...ha ini dia. Sekarang buka mata. Lihat ! Ha ini ada satu kotak besar. Baby tak perlu balut sebab pembalut belum beli. Buka kotak ini Mummy...tengok lah ada ape dalam tu.

Mengapa dahi Mummy berkerut pulak ? Mummy tak suka hadiah ni? Mummy hairan ker?
Aaahh !! ya betul koaknya kosong. Tak ada isi apa pun. Mummy, dalam tu Baby dah isikan sepadat-padatnya cinta dan kasih sayang Baby untuk Mummy.....memang tak boleh dilihat atau dipegang tapi Mummy boleh merasa....cuba Mummy pejam mata sekali lagi....Bayangkan wajah Baby....bayangkan saat2 Mummy mengandung , melahir dan membesarkan Baby selama ini.

Ha...kan Mummy dah berjaya merasai kenikmatan dan keajaiban kasih sayang Baby untuk Mummy kan? Itulah sebabnya kotak ini kosong....

Tapi kan Mummy cayang,..... hai Baby tak pernah kosong kerana sejak dari dulu Mummy dan Papa selalu mengisi ruang hati ini dengan kasih sayang, kemesraaan, perhatian, teladan dan nasihat yang tak pernah hilang. Terima kasih Mummy , Papa kerana menjadikan diri Baby begitu istimewa sekali.......

I LOVE U MUMMY......
Yeah ! Dapat peluang update belog hari ni...... Baby dah lama tak tulis apa2 pun dalam Baby Sofiea Corner....Emmm apa yeak yang menyebabkan Baby malas nak berbelog nih ?ummmp oh ya
1. Masa tak ada
2. Ada aktiviti kokurikulum - penat
3. Ke sekolah agama setelah balik dari sekolah - waktu pulang 5.50 petang
4. UPSR dah tak lama lagi - kena study
5. Nyampah wifi selalu buat hal. kejap ada kejap tak de
6. Kering idea nak tulis kat belog - bosan

Apa pun harap2 dimasa akan datang Baby dapat tulis jugak belog ni

Wednesday, December 9, 2009

Chicken Little

Malam semalam, Baby telah menonton tayangan Chicken Little.Best citenya,kisah seorang hero yang menyelamatkan anak makhluk asing yang tersesat dalam perkampungan Chicken Little. Baik hati sungguh hero kecik ni kerana dia membantu mengembalikan anak makhluk asing ke tempat asalnya.

Tuesday, December 8, 2009

INDAHNYA HIDUP INI.......



SALAM......
Nun di luar sana cuaca cerah saja...walaupun dah beberapa hari hujan turun.... cuti2 macam ni sesuai lah nak berjalan-jalan....makan angin orang kata. Tapi Baby tak selalu berpeluang makan angin bila cuti sekolah macam ni meskipun mam juga cuti...sebab papa tak kan cuti.

Jadi, kat rumah saja lah kami... isikan masa cuti dengan program yang direka sendiri.... pagi tolong mama, masak nasi, kemas rumah...buatkan air minuman papa...ulangkaji pelajaran...nonton tv....itu lah saja aktiviti Baby. Tapi tak ape...Baby tak kisah...yang penting ada bersama keluarga. Mereka lah yang selalu buat Baby happy setiap hari. Terutamanya mama dan papa. Mereka terlalu manjakan Baby...malu pulak rasanya bila dah besar macam ni pun dilayan seperti kanak-kanak kecil...Itulah orang tua kita...mereka selalu inginlan yang terbaik buat kita. Beruntungkan kita kerana masih punya kedua orang tua. Seharusnya lah kita pandai membalas jasa mereka pula.

Wednesday, October 21, 2009

Cayang Mummy n Papa

Tak de kata2 indah....4 u all

I Love U so much......

Good night n sweet dreams....

Ape Harus Ku buat..... petang nanti


Waaaduuhhh!

Bosannyeer..... sepatutnye Baby petang ni ke sekolah agama tapi Ustaz bagi pelepasan lak. Kita orang dah abis periksa. Setakat ni dok umah je.

Baca buku? Eh! u wajib. Lagi pun tak lama lagi kan final exam.... huuuaaaahh!!! Seram sejuk le rasanya. baby risau

Sunday, October 18, 2009

Aku Hanya Budak Sekolah....


















Pagi...7.00 am
pegi sekolah SRK Sri Ampang, Ipoh


2.00 pm
Yes! Yes! balik sekolah. Makan ...jika sempat. Siap2 solat, gosok baju unt ke sekolah agama.

2.50 pm
Jom...ke sekolah agama.

5.40 pm
Welcome home.....Tido time. lum tu makan coklat n ais dulu la.

6.00
Main game. Baca buku. Ulang kaji...

tengok TV

InSpiRaSiKu...


MummY dan Papa.... 2 insan yang selalu berada disisiku. Baby sangat sayangkan PaPa dan MuMmY.

Andai....
boleh ku petik bintang di langit yang tinggi
ingin ku karang menjadi hiasan kalungmu
biar gemerlapan cahayanya
menghiasi malam-malammu
agar tidak lagi gelita

Andai...
bisa ku kumpul buih-buih di lautan
ingin ku karang menjadi hamparan
buat 2 insan ini melabuh tapak
biar selesanya meneruskan
musafir hidup

Andai...
Ku mampu mengutip bayu yang berpuput
ingin ku karang menjadi satu melodi
merdu berbisik
menceriakan duniamu
mewarnai jiwamu
agar selamanya kalian tetap tersenyum

kerana...
Aku lah puterimu yang satu
berjanji akan membahagiakan mu
SELAMANYA Dari
Puterimu,
BabY SoFiea

MuMmY...i LoVe U

Mummmuahh!

Milion KiSs FoR MuMMy!!!

Cuti lagi...

Rasanya jika cuti datang lagi pasti baby nak balik kampung. Seronok dapat jumpa saudara d sana. Alin sepupu Baby pasti gembira sangat dapat bermain sama lagi.

tapi....kami semua sedih juga bila mengenangkan yang Tok Abah dah tk ada. Jika dia ada pasti kami bertambah gembira kerana arwah memang manjakan kami cucu2nya. Pernah sekali kami naik motorsikalnya keliling kampung. Alin duduk kat depan dan Baby bonceng di belakang Tok Abah. Baby peluk pinggang Tok Abah kuat2 kerana baru firs time naik motor! Kelakarnya rasa gayat semacam je. Tok Abah tak pula bawa laju... kami singgah beli ais krim conetto satu sorang. Mengenangkan kenangan bersama Tok Abah Baby jadi rindu, sedih dan pilu pula. Selalunya Mummylah orang yang paling sedih hingga sebut je kisah Tok Abah dia akan menangis.... kesian Mummy. Sabar ye Mi.

Baby akan belajar sampai berjaya sebab Baby berjanji dengan semua orang yg Baby sayangi supaya suatu masa nanti Baby nak jadi seorang anak solehah dan cemerlang.... berjaya dalam semua bidang lah. Mummy kata Baby mesti jadi doktor. Entah le...insyaallah. Papa pula tak kisah asal Baby suka.

http://resipidiana.blogspot.com/

http://resipidiana.blogspot.com/

Shared via AddThis

My aunties.....

Friday, October 16, 2009

Sembahyang sunat Aidil Fitri 2009-Masjid Pulau Melaka


Baby and Alin.....

Waktu ini kami ikut Mummy, Nek Ma, Che Nor, Che Ya dan Che Tin pergi menunaikan sembahyang sunat Aidil Fitri di masjid Pulau Melaka...Masjid Tok Guru. Memang beginilah rutin kami sekeluarga. Papa, Nanan dan Faris ikut saf lelaki di tingkat bawah. Ramai sungguh para penduduk sekitar yang datang bersembahyang disini sehingga padang dan tempa letak kereta pun penuh orang bersembahyang. Sembahyang sunat hari raya ini selalunya Tok Guru yang mengimamkan. Kami seronok sekali....
Lepas selesai solat....yeah! Acara jamu selera. tahun ini Tok Guru jamu para jemaah dengan laksa kelantan dan kuih muih. Sedap, tapi Baby makan tak banyak sebab dah pekena Nasi dagang Nek Ma sebelum datang tadi kat rumah nek Ma. Saat yang paling kami tunggu ialah menerima duit raya dan hamper oleh famili Tuan Guru. Kali ini Baby dan Alin sempat terima hamper je... duit raye tak dapat sebab tak sempat nak turu berbaris ketika acara itu. Nampaknya tahun ini budak-budak dapat RM5o seorang. Wah! Banyaknyeee.

Tak pe hamper ini pun cukup bagus. Ada keropok, coklat, gula-gula dan minuman tin. Kami gembira sekali. Memanglah bila dapat duit raya dan hamper kanak-kanak pasti bergembira.

AIR TERJUN SEKAYU....PASIR PUTEH



Week end 2 bln lepas kami balik Kelantan. Papa bawa kami mandi manda kt air terjun Sekayu. Tempat ini tak lah besar sangat tapi sangat selesa untuk mandi coz airnya tak dalam. kira-kira sesuailah untuk budak-budak macam Baby. Paling seronok lepas mandi kami jamu selera kat Scerate Recipe kat KB Mall. Mummy belanja.... dalam sejuk2 ni Baby pekena Tomyam Kung dan Coclate Blend...ummmh yummy!!